🐩 Nasi Minyak Daging Masak Hitam
2sudu makan minyak sapi 2 sudu makan minyak masak 3 cawan susu cair+air biasa (cukupkan 7 cawan air) Sedikit serbuk kunyit Garam Kismis Cara memasak: Panaskan minyak sapi dan minyak. Tumis semua bahan tumisan hingga naik wangi. Masukkan beras, susu dan air, garam. Gaul sebati. Angkat dan letak dalam periuk elektrik. Resepi Daging Masak Hitam
Panaskanminyak dan masukkan daging dan dikacau rata. Kemudian masukkan bahan kisar dan semua bahan lain. Biarkan masak sehingga daging lembut dan pecah minyak. Akhir sekali masukkan air asam jawa dan gula serta garam. Jika suka, masukkan sekali bawang besar hiris sebagai hiasan. Bolehlah diangkat dan sedia untuk dihidangkan. Kongsi Suria Amanda
ResepiNasi Beriani Daging Beriani - special sempena Hari Raya EatwithMe - Duration Nasi Minyak Hujan Panas Daging Masak Hitam Yang Sedap Makanan Daging Resep Makanan 15kg Daging Rebus sampai empuk Minyak Garam 1 cawan rempah beriani 12 cawan rempah kurma jika nak lagi umpphh 1 Tin Kecil Tomato Puree 2 Tin Susu Cair 1 Tin Air 4 Sb Gula
AyamLada Hitam Putih; Ayam Berlado; Daging. Resepi Gulai Daging Rebung Madu; Resepi Daging Masak Kari Hijau Pekat; Daging Ungkep Pedas; Daging Masak Hitam; Daging Kambing Bakar; Hati Lembu Goreng Kunyit; Kurma Daging Sedap; Masak Lemak Cili Api Daging Dengan Rebung; Resepi Gulai Daging Batang Pisang; Resepi Kari Daging; Resepi Masak Hitam
cCHmxc. 7/11/2015 Alhamdulillah, malam ini adalah malam ke25 Ramadhan. Ianya salah satu dari malam ganjil di 10 akhir Ramadhan. Malam ini kalau bertepatan dengan Lailatul Qadar, buat apa pun kebaikan akan dapat pahala melebihi 1000 bulan. Allah nak bagi peluang pada umat Nabi Muhammad SAW, di mana ianya bermula seawal maghrib sehingga Subuh. Pastikan solat Maghrib, Terawih hingga Subuh adalah dikerjakan secara berjemaah. Juga ianya mestilah qiyam bersama Imam bagi mendapat pahala seolah mendirikan qiam sepenuh malam walaupun ketika kita tidur di rumah. Kasih sayang Allah pada umat Nabi Muhamad SAW di mana Lailatul Qadar hanya diberi pada umat baginda. Allah SWT tidak menyuruh kita tercari cari. Hanya disuruh cari dalam bulan Ramadhan, disebut lagi pada 10 akhir Ramadhan. Ketiga, diberi petunjuk lagi iaitu pada malam ganjil pada 10 akhir Ramadhan. Jangan terlepas dengan malam Lailatul Qadar. Namun begitu, jangan kecewa jika tak nampak tanda tanda Lailatul Qadar. Imam Nawawi nampak cahaya terang benderang masuk ke biliknya pada malam 27 Ramadhan. Usahakan untuk tidak tidur pada malam ini dan malam malam ganjil. Masuk 10 akhir Nabi Muhamad SAW tak tidur. Baginda akan menghidupkan malam dengan mengejutkan isteri isteri baginda termasuk Saiditina Siti Fatimah dan Saidina Ali dan Nabi ketatkan ikatan kain. Ianya menandakan bersungguh sungguh dan baginda juga tidak bersama isteri. Menurut A'ishah, baginda makan sedikit sahaja supaya dapat berpuasa dengan baik. Nabi juga mandi antara 2 azan iaitu selepas berbuka puasa antara Maghrib dan Isyak. Semoga kita dapat mengambil manafaat dari cara Rasulullah mempersiapkan diri memburu Lailatul Qadar. Resepi sedap ini saya belajar dari Kak Fatimah, rakan jemaah surau Ad Dhuha selepas merasai keenakannya. Faaizah telah menghulur satu bekas daging masak hitam yang disediakan untuk jemaah berbuka di surau. Bila rasa sedap, memang saya akan meminta resepi. Sejak dulu itulah perangai saya. Memang kat mana mana pun, buat muka tak malu untuk minta resepi. Hatta kat restoran pun, masih siap merisik resepi. Menurut Kak Fatimah, resepi ini dipelajari dari Bonda Chef Wan lama dahulu dan ketika Chef Wan masih muda lagi. Daging Masak Hitam ini selain sedap dimakan dengan nasi putih, juga sedap dimakan dengan nasi minyak juga pulut kuning. Sangat sedap dimakan sewaktu bersahur dengan nasi putih yang masih panas panas. Hmm memang berselera sekali. Jom layan resepi mudah dan sedap ini. Ianya juga sangat tahan lama kerana tiada penggunaan santan di dalamnya. Inilah lauk yang akan saya masak untuk juadah pagi raya kami nanti. Daging Masak Hitam Bahan bahan 1 kg daging 1/2 botol kecil kicap pekat Jalen warna merah Gula pasir/gula Melaka 1 sudu kecil air asam jawa Bawang besar mayang - hiasan Bahan Kisar 10 batang serai 10 tangkai cili kering - boleh tambah jika suka pedas Sejengkal halia - 4 ke 5 inci 3 biji bawang besar kuning 6 biji buah keras 1 labu bawang putih Cara cara Panaskan minyak dan masukkan daging dan dikacau rata. Kemudian masukkan bahan kisar dan semua bahan lain. Biarkan masak sehingga daging lembut dan pecah minyak. Akhir sekali masukkan air asam jawa dan gula serta garam. Jika suka, masukkan sekali bawang besar hiris sebagai hiasan. Bolehlah diangkat dan sedia untuk dihidangkan. Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.
Dulu paling tidak sebulan sekali dapat merasa makan kenduri. Sekarang musim pandemik terasa rindu nak makan nasi minyak kenduri dan daging masak hitam nya. Kena pula dengan lauk tambahan ayam goreng dan acar mentah. Memang padu. Kalau rindu nak makan kenduri tu, jomlah buat nasi minyak sendiri. Buat hidangan istimewa hujung minggu atau hari raya. Sebenarnya tak susah pun nak masak nasi minyak ni. Lauk pun boleh padankan dengan apa sahaja yang anda gemari. Selalunya lauk kenduri ni daging masak hitam, ayam masak merah, daging kurma dan macam-macam lagi. Kali ni kita masak yang simple-simple je iaitu daging masak hitam. Nak kan hidangan lengkap buatlah sekali acar mentah. Nak buat nasi minyak ni sebenarnya lagi sedap kalau masak dengan beras basmathi. Tapi kalau gunakan beras biasa pun enak juga. Kat kenduri pun biasanya beras biasa juga yang dihidangkan. Ikutlah mana yang anda suka. Yang penting nasinya wangi dan terasa aroma. Makan dengan lauk apa pun memang layan. Jom ikut resepi mudah yang dikongsikan oleh Mdm Kelly ni. RESEPI NASI MINYAK KENDURI DAN DAGING MASAK HITAM Untuk nasi minyak, sukatan air sama je macam biasa masak nasi dengan beras yang anda masak selama ni. Kalau guna beras basmathi ada sukatannya juga. Yang penting perlu ambil kira semua cecair yang dimasukkan sebagai sukatan air beras. Bahan-bahan nasi minyak 4 cawan beras basmathi rendam dan cuci bersih 1 batang serai diketuk Halia Hirisan bawang besar 4 sekawan Daun pandan 2 sudu makan minyak sapi 2 sudu makan minyak masak 3 cawan susu cair + air biasa cukupkan 7 cawan air Sedikit serbuk kunyit Garam Kismis Cara masak nasi minyak ▶️ Panaskan minyak sapi dan minyak masak dalam periuk. ▶️ Kemudian masukkan 4 sekawan dan daun pandan. Tumis sampai naik bau. ▶️ Masukkan pula serai, halia dan hirisan bawang besar. Tumis lagi sehingga wangi dan garing. ▶️ Masukkan beras dan kacau sekejap. ▶️ Lepas tu masukkan susu cair, air dan garam. Gaul sebati. ▶️ Kemudian angkat periuk dan masukkan dalam periuk elektrik. Biarkan nasi masak seperti biasa. Bahan untuk daging masak hitam 1 kilo daging potong kiub dan cuci bersih Bahan kisar 2 labu bawang besar 4 ulas bawang putih Halia Bahan tumis 1 batang serai 4 sekawan Kicap manis Kicap masin Sos tiram 3 sudu makan cili kisar ½ sudu makan serbuk jintan manis dan putih Gula kerek sedikit Cara masak daging masak hitam ▶️ Panaskan minyak dalam kuali dan tumis 4 sekawan dan juga serai sampai garing dan naik bau. ▶️ Kemudian masukkan bahan kisar, cili kisar, kicap dan daging. Kacau sebati dan masak dengan api yang perlahan. ▶️ Masukkan serbuk jintan dan tambah lagi kicap dan gula. Tak perlu masukkan garam. ▶️ Biarkan daging terus direneh sampai masak dan empuk. Kalau kering kuahnya, tambahkan air lagi dan sambung mereneh. ▶️ Dah empuk daging boleh padamkan api. ▶️ Sedia dihidangkan dengan nasi minyak. BACA JUGA Resepi Ayam Goreng Berempah Macam Kenduri. Sedap Dan Wangi. Tak Perlu Perap Lama Sangat Pun. Hidangan ni yang paling simple sekali. Kalau anda nak lebih lengkap dan menaikkan selera, boleh hidangkan sekali dengan acar mentah dan juga papadom. Cara buat acar mentah mudah je. Sediakan timun, lobak merah, bawang besar, cili merah, cuka makan dan sedikit garam dan gula. Potong sayuran tu dan gaulkan dengan cuka dan bahan perasa. Dah siap. Hujung minggu ni tak perlu pening-pening fikir nak buat apa untuk hidangan istimewa keluarga. Buat je nasi minyak kenduri dan daging masak hitam. Barulah rasa special sikit. Selamat mencuba!
Sebelum itu, nak tanya dah klik iklan google di blog saya ke belum? Kalau belum, bolehlah kasi klik dulu tau. Hahaha. Dah nama pun blogger masakan, pastinya saya akan cuba memasak pelbagai versi untuk satu satu masakan. Sebagai contoh, ada yang menulis komen, bahawa mereka menyediakan laksa tak letak bawang putih, tak masak dulu cili dsb. Saya tak kisah pun dengan komen begitu. Boleh juga saya belajar cara mereka menyediakan laksa. Memang lah itu pun cara saya menyediakan laksa selama ini. Tapi bila saya belajar sesuatu yang baru, saya mencubanya. Jadi saya masukkan 1 ulas bawang putih dan bahan kisar dimasak dulu bagi masak dan wangi sebelum dimasukkan air rebusan ikan. Pada saya, jangan takut untuk mencuba dan bereksperimen dengan sesuatu yang baru. Nanti suami pun jemu dok makan yang sama jer rasanya. Hahaha lebih kurang begitu lah analoginya. Sebenarnya bila menyentuh bab suami ni, macam mana baik sekali pun isteri kalau mereka nak menggatal dengan perempuan lain, mereka buat juga. Jadi bukanlah salah isteri tak pandai memasak, tak pandai memasang badan. Hatta isteri bergaji mahal, isteri yang membeli rumah dsb pun masih ada suami yang tak sedar diri sehingga sanggup menjebakkan diri dengan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan. Maaf saya memang benci lelaki sebegini. Duit selalu kering, tak sedar diri dan ada hati nak mengorat lain. Yang lagi bahalol, boleh mengorat saat bini ada tidur di sebelah. Boleh bayangkan tak betapa tak boleh pakai lelaki macam ni. Yang perempuan pun sama juga, yang nak pergi menempek dengan lelaki dah beristeri buat apa. Dunia kan macam roda, satu hari ianya akan terkena kat keluarga sendiri. Jadi kepada semua wanita di luar sana, kena bekerja dan menpunyai kedudukan kewangan sendiri yang kukuh supaya hidup tidak mudah dikotak katik oleh suami. Hidup berdikari, ada simpanan sendiri yang seharusnya dirahsiakan dari sesiapa sahaja. Saya suka makan daging seperti ini dengan pulut kuning walaupun sedap juga dimakan dengan lain lain masakan seperti nasi beriyani, nasi lemak, mee hoon dsb. Pendek kata, lauk daging memang versatile, sedap dimakan dengan apa apa jer. Daging masak hitam seperti yang saya tulis di atas ada bermacam cara, tapi bahan utama yang mesti ada ialah kicap. Yang lain lain jer berbeza. Tapi kita kena rajin mencuba supaya kita dapat mempelbagaikan masakan daging masak hitam buat keluarga layan resepi daging masak hitam yang saya sediakan di bawah ini. Video penyediaannya ada di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...Daging Masak Hitam kak zaidahBahan bahan1 kg daging batang pinang2 sudu besar cili kering kisar 2 sudu besar rempah kari daging 4 sudu besar kicap manis Bahan A- tumis2-3 sudu besar minyak sapi 1 kayu manis, 2 bunga lawang, 4 buah pelaga, 5 bunga cengkih7 biji bawang merah - hiris 2 helai daun pandan Bahan B - kisar5 biji bawang merah 4 ulas bawang putih ¾ inci halia¾ inci lengkuas2 batang seraiBahan C - sangai & kisar1 sudu besar ketumbar 1 sudu besar jintan manis 1 sudu besar jintan putih Bahan D2 sudu besar kerisik 2 sudu besar tomato puri 1 sudu besar gula ½ sudu besar garam Cara caraPanaskan minyak sapi dan tumis rempah 4 sekawan, bawang hiris dan daun pandan sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan kacau lagi. Masukkan pula bahan B, bahan C dan rempah kari. Tumis sehingga bahan tumis benar benar masak dan terbit minyak. Masukkan kicap dan daging. Kacau rata. Tambahkan air untuk daging empuk. Setelah terbit minyak, masukkan bahan D. Masak sehingga kering. Sebelum dihidangkan tabur bawang goreng. Sedap dimakan dengan nasi beriyani, nasi minyak dan nasi tomato.
nasi minyak daging masak hitam